PETUA KECANTIKAN DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI

PETUA HILANGKAN KEDUT DI WAJAH

Dapat sebatang lobak merah, satu sudu besar tepung jagung dan sebiji kuning telur. Parut lobak satukan bersama tepung jagung dan kuning telur. Gaul hingga mesra
dan sapukan pada keseluruhan wajah dan leher sebagai masker. Biarkan sehingga kering anggarn selama 20 minit. Kemudian bilas bersih dengan air suam. Amalkan selalu, insyaAllah berkesan.

PETUA MEMUTIHKAN DAN MEMUTIHKAN GIGI DENGAN HALIA

 

 

 

 

 

Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat. Tambahkan sedikit air dan bancuh hingga sebati. Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur.

Amalakan setiap hari. Gigi anda bukan sahaja akan putih dan kuat malah mulut anda akan berbau wangi.

PETUA MELEBATKAN DAN MENGHITAMKAN BULU MATA

Rendam 1 sudu teh dalam 1 cawan air semalaman. Keesokannya lurutkan air rendaman teh pada bulu mata dengan mengusapnya ke atas menggunakan hujung jari telunjuk. Boleh juga menggunakan minyak zaitun sebagai ganti. Lakukan setiap malam sebelum masuk tidur.

PETUA HILANGKAN KELEMUMUR

Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. Masukkan air dan ramas daun-daun tersebut. Gunakan air ramasan sebagai syampu. Amalkan selalu.

PETUA MEMILIKI BENTUK BADAN MENARIK TANPA UBAT-UBATAN

 

 

 

JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONG

 

Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda terlalu lapar, pada kebiasaannya anda akan mengambil makanan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi.

AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.

MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI

Air kosong mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan dapat membantu proses metabolisma bagi menyingkir simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum air kosong, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

ELAK MINUM MINUMAN BERKARBONAT

Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dalam satu sajian dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

MAKAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

PETUA MENGELAKKAN PERUT BUNCIT

Perut anda buncit?
Ukuran badan anda mungkin ok tapi bahagian perut membonjol ke depan. Nak bergaya pon susah. Cubalah petua ni:

Elakkan minum air sambil makan makanan berat seperti nasi dan steak. Minum air setelah selesai makan. Seelok-eloknya minum air setengah jam atau 3 jam kemudiannya.

Minum air kosong (bukan air berperisa) sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Lebih banyak lebih bagus.

PETUA KECANTIKAN KAKI

Betis anda bersisik?
Betis bersisik adalah kulit kering yang disebabkan oleh kekurangan air dalam badan dan kurang vitamin. Minum air yang banyak setiap hari dan sapu minyak masak atau minyak zaitun pada betis setiap hari.

Tinggalkan komen