Homemade Aiskrim

Bahan-bahan ( 2 bekas ais krim )

  • 1 tin susu pekat manis
  • 2 tin air masak(sukat guna tin susu)
  • 1 sudu besar ovallet
  • 1 sudu besar tpg jagung
  • 1 penutup esen vanilla
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • Pewarna merah jambu
  • Sedikit perisa strawberry

Cara-cara

  1. Masukkan susu pekat manis dan air masak ke dalam periuk
  2. Masukkan tepung jagung,kacau rata(tepung jagung ditambah supaya aiskrim tak cepat cair apabila dikeluarkan nanti)
  3. Kacau atas api hingga agak2 tepung tadi masak(kacau sekejap je,tapi saya kacau hingga mendidih sikit)
  4. Angkat adunan tadi dan masukkan dalam mangkuk besar(kalo tuang dalam mangkuk mixer pastikan mangkuk tu besar sebab adunan akan bertambah/naik selepas dipukul).Sejukkan dahulu
  5. Apabila dah sejuk,tambahkan ovallet dan esen vanilla Pukul dengan mixer menggunakan kelajuan tinggi(high speed).Pukul hingga gebu dan ringan Mula-mula adunan tu sikit je,lepas dipukul akan bertambah dan teksturnya jadi lebih kurang adunan kek,sedikit likat
  6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian(ikut suka nak buh berapa warna dan perisa)saya bahagi 3 bahagian
  7. Satu adunan dibiarkan asal/plain(perisa vanilla) Satu adunan bubuh perisa strawberry dan pewarna pink/merah jambu(perisa strawberry) Satu adunan lagi bubuh serbuk koko(perisa coklat) Saya bancuh serbuk koko dengan sedikit air panas,pastu masukkan dalam adunan dan pukul dengan mixer sekejap
  8. Pastu boleh le dicorakkan aiskrim tu cam nak buat marble tu,tuang secara berselang-seli sehingga habis
  9. Tutup bekas dan masukkan ke dalam peti ais Bila dah beku/keras boleh la dinikmati…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s